MB Negeri Sembilan Utus Takziah Pemergian Bekas MP Batu Pahat

SEREMBAN, 21 Jul – Menteri Besar Negeri Sembilan mengutus salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Idris Jauzi di atas pemergian bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu pada Khamis.

Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam perutusan di laman Facebook rasmi beliau mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Idris Jauzi, Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat yang meninggal dunia tengah hari ini.

“Selain menjadi Ahli Parlimen, Allahyarham turut aktif dalam badan-badan dakwah seperti WADAH, ABIM dan PKPIM. Allahyarham turut pernah menjadi ahli pimpinan bagi badan-badan tersebut.

“Saya difahamkan bahawa Allahyarham dikebumikan di Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah,” ujar beliau.

Aminuddin yang juga ADUN Sikamat mendoakan semoga roh Allahyarham diampuni dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Semoga roh Allahyarham diampuni dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh, Insya-Allah.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, allahyarham yang bertanding atas tiket KEADILAN mememenangi kerusi Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Puad Zarkashi.

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *