Lelaki Maut Motosikal Tersepit Bawah MPV

Mangsa menaiki motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kemalangan di Batu 2 Jalan Sultan Iskandar di Bintulu, malam tadi. Foto JBPM

BINTULU, 30 Jul – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Batu 2 Jalan Sultan Iskandar, di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 7 malam.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan MPV dan mendapati seorang lelaki iaitu penunggang motosikal tersepit di bawah MPV,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menggunakan peralatan khas untuk menggeluarkan mangsa dari bahagian bawah kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, mangsa yang dikenali sebagai Mahmud Nyalong, 37, disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *