MOF Nafi Kandungan Kenaikan Gaji Penjawat Awam Di WhatsApp

Hantaran palsu di WhatsApp yang tular kemudian dinafikan Kementerian Kewangan. Foto Facebook Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 30 Jul – Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi WhatsApp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan memaklumkan ia adalah palsu.

Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

“Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *