Klopp Gembira Menjelang Tahun Baharu

Liverpool manager Juergen Klopp during training at Melwood, Liverpool on April 4, 2022. Action Images via Reuters/Molly Darlington

LIVERPOOL, 30 DisPermulaan tahun 2023 adalah tempoh paling buruk dalam karier Jurgen Klopp – yang masuk tahun keenam bersama Liverpool – tewas kepada Brentford serta gagal memenangi aksi Liga Perdana Inggeris sehingga 13 Februari.

Selepas berjaya mengharungi permulaan hambar itu – skuad kendaliannya turut tewas dua kali kepada Brighton dan 3-0 di tangan Wolves – pendahulu Liga Perdana Inggeris itu tampil semakin kuat dan mengakhiri tahun ini dengan cemerlang.

“Saya enam kali lebih gembira (berbanding waktu yang sama tahun lalu). Ia tempoh paling buruk. Kami di tangga keenam dan mungkin ketujuh atau kelapan. Ia terasa lebih baik sekarang.

“Musim ini, pasukan dalam usaha melakukan sesuatu dan kami akan cuba melakukannya dengan sebaik mungkin,” kata Klopp menjelang pertemuan dengan Newcastle pada Isnin ini.

Klopp juga akan mendapat kembali sentuhan Alexis Mac Allister yang mula berlatih selepas pulih daripada kecederaan di Sheffield United pada 6 Disember.

Liverpool manager Juergen Klopp during training at Melwood, Liverpool on April 4, 2022. Action Images via Reuters/Molly Darlington

Kepulangan juara Piala Dunia bersama Argentina itu tepat pada waktunya selepas seorang lagi pemain tengah, Wataru Endo akan pulang ke Jepun untuk menerajui cabaran negaranya di Piala Asia.

Mohamed Salah juga akan bersama pasukan Mesir untuk kempen Piala Negara-Negara Afrika.

Diogo Jota juga kembali cergas dan masuk sebagai pemain gantian untuk mengesahkan tiga mata di Burnley pada Hari Boxing (sehari selepas Hari Krismas). – AGENSI


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *