Dua Gol Palmer Selamatkan Maruah Chelsea

Pemain Chelsea, Cole Palmer (kiri) dan Noni Madueke (kanan) meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Luton Town di Kenilworth Road, Luton. Foto Reuters

LUTON, 30 DisCole Palmer meledak dua kali dalam kemenangan 3-2 Chelsea ke atas Luton Town di Kenilworth Road, Luton.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino tampak seakan mengawal permainan sepenuhnya selepas Palmer menjaringkan gol keduanya untuk Chelsea mendahului 3-0 ketika aksi berbaki 20 minit.

Palmer membuka jaringan pada minit ke-12 dan sekali lagi pada minit ke-70 selepas Noni Madueke melebarkan kedudukan pada minit ke-37.

Luton bagaimanapun merapatkan jurang menerusi bekas pemain Chelsea, Ross Barkley pada minit ke-80, diikuti jaringan Elijah Adebayo tujuh minit kemudian.

Kemenangan kedua berturut-turut Chelsea itu adalah kemenangan pertama di tempat lawan sejak menewaskan Tottenham pada 6 November, sekali gus menamatkan deretan empat kekalahan di luar Stamford Bridge.

Tiga mata di Luton tidak mengubah kedudukan Chelsea di tangga ke-10 liga, bagaimanapun ia bakal mendorong anak buah Pochettino untuk memulakan cabaran tahun 2024 dengan lebih meyakinkan. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *