Kes Zara: Peguam Wakili Ibu, Tertuduh Dibenar Sertai Inkues 3 September

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu membenarkan permohonan ibu Zara Qairina bagi menyertai inkues yang akan diadakan pada 3 September 2025.

KOTA KINABALU, 28 Ogos – Permohonan pasukan peguam mewakili Noraidah Lamat, sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang bermula Rabu depan, dibenarkan Mahkamah Koroner yang bersidang hari ini.

Mahkamah sama turut membenarkan permohonan sama dibuat barisan peguam mewakili kelima-lima remaja tertuduh yang didakwa terbabit kes buli Zara Qairina 20 Ogos lalu

Kebenaran itu dibacakan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Hakim Azreena Aziz yang bersidang sebagai koroner selepas pasukan peguam diketuai Hamid Ismail memfailkan permohonan berkenaan pada 19 Ogos lalu sehari selepas sebutan inkues terbabit.

Kenderaan yang membawa lima remaja tersebut tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.25 pagi dengan diiringi kenderaan polis.

Manakala peguam tertuduh telah membuat permohonan itu semalam melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) walaupun dibantah pihak peguam ibu Zara Qairina, Noraidah.

Deklarasi terbabit membolehkan anak guam masing-masing untuk memeriksa, menyoal balas saksi dan meneliti dokumen, bagi membantu koroner.

Noraidah turut hadir pada sesi pendengaran permohonan pihak berkepentingan inkues dan tiba di Mahkamah Koroner pada 8.50 pagi diiringi pasukan peguamnya.

Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah membuat permohonan kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu agar suatu inkues diadakan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir disifatkan langkah tepat bagi meredakan kontroversi berhubung siasatan kes berkenaan.

Pada sesi pendengaran permohonan itu Noraidah diwakili pasukan peguam, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan dan Farrah Nasser.

Manakala peguam mewakili kesemua remaja tertuduh yang didakwa terlibat kes buli Zara Qairina 20 Ogos lalu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

Pegawai pengendali inkues yang hadir pula terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Dana Arabi Wazani, Sofia Sawayan, Afiq Agoes dan Dacia Jane Romanus.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *