Suspek Kes Tembak Bunuh Dua Kanak-Kanak Dicekup

Pasukan polis serta petugas respon cegah jenayah mengawal keadaan di Annunciation Church and Catholic School di Minneapolis, Minneosta pada 27 Ogos 2025. Foto Tom Baker via AFP

MINNEASOTA, 28 Ogos – Suspek kes tembakan di sebuah sekolah gereja Katolik di Minneapolis, negeri Minnesota semalam, dikenal pasti sebagai Robin Westman, lapor akhbar Daily Express memetik sumber polis tempatan.

Lelaki berusia 23 tahun yang dahulunya dikenali sebagai Robert mengacukan pistol ke arah dirinya sendiri selepas menembak melalui tingkap kaca ke arah kanak-kanak di dalam gereja Sekolah Katolik Annunciation.

Kejadian tembakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan (9.30 malam waktu Malaysia) menyebabkan dua kanak-kanak berusia lapan dan 10 tahun maut di lokasi gereja berkenaan.

Seorang pegawai Biro Penangkapan Jenayah tiba di kediaman suspek di Richfield, Minnesota pada 27 Ogos 2025. Foto AFP via Getty Images

Sekurang-kurangnya 17 mangsa lain termasuk 14 kanak-kanak dan tiga orang dewasa cedera dalam insiden tembakan yang mencetuskan kegemparan negara itu.

Pegawai polis tempatan kini meneliti motif Westman kerana dia mempunyai sejarah jenayah yang terhad.

Polis tempatan percaya bahawa suspek meletakkan kenderaannya berhampiran sekolah dan bersenjatakan raifal, senapang patah serta pistol, berjaya ditahan di rumahnya beberapa jam selepas insiden tembakan berlaku.

Suspek difahamkan melepaskan tembakan daripada ketiga-tiga senjata semasa serangan itu tetapi tidak jelas sama ada dia berada di luar gereja semasa serangan itu atau masuk ke dalam.

Kanak-kanak sekolah sedang menghadiri upacara misa pada masa tembakan dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh bersenjata yang menghadapi hukuman berat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *