Kes Zara: Lima Remaja Didakwa Hari Ini, Berdepan Tuduhan Buli

Kenderaan yang membawa lima remaja tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 8.25 pagi dengan diiringi kenderaan polis hujung bulan lalu.

KOTA KINABALU, 20 Ogos – Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang menempatkan Mahkamah Kanak-Kanak di sini pagi ini menjadi perhatian ekoran lima remaja perempuan bawah umur akan didakwa berhubung kes buli pelajar Zara Qairina Mahathir.

Kesemua mereka berumur di bawah 18 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan iaitu berhubung kesalahan menggunakan atau membuat apa-apa perkataan atau komunikasi yang mengancam, kesat atau menghina.

Kenderaan membawa remaja berkait kes berkenaan tiba di kompleks makhkamah di sini, bagi menghadapi pendakwaan yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Pihak polis mengadakan kawalan di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu berkenaan kes lima remaja didakwa atas kes buli Zara Qairina Mahathir pada 20 Ogos 2025. Foto Info X

Kenderaan terbabit dilihat tiba di pekarangan kompleks mahkamah itu dengan diiringi kenderaan polis sekitar jam 8.45 pagi ini.

Arahan pertuduhan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi satu kenyataan yang memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan kes kematian pelajar itu yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memutuskan untuk menuduh beberapa suspek berdasarkan keterangan yang ada.

AGC turut memaklumkan prosiding inkues masih perlu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina,13.

Mahkamah Koroner di sini pada Isnin menetapkan 3 September ini untuk memulakan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Zara Qairina.

Pada 12 Ogos, AGC memutuskan untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha itu selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh PDRM berhubung kes tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *