Cadangan Gubal Akta Anti-Buli, Tribunal Akan Dibawa Ke Kabinet – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perhimpunan Bulan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 20 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 20 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cadangan untuk menggubal undang-undang Akta Anti Buli yang menggunakan sistem tribunal bagi mendengar kes buli membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini, Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perhimpunan Bulan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 20 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Nanti (Azalina) akan bawa ke (mesyuarat) Kabinet, kita akan bincang di Kabinet,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berkenaan sebentar tadi.

Sebelum ini, Azalina berkata, kerajaan akan meneliti keperluan untuk menggubal Akta Anti Buli yang memberi penekanan kepada penubuhan sebuah tribunal, bagi mendengar kes buli melibatkan pelajar dan kanak-kanak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perhimpunan Bulan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 20 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata pada masa ini, tiada definisi khusus atau hukuman yang jelas berkaitan kesalahan buli di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

Beliau berkata, ketika ini tiada undang-undang khas diperuntukkan bagi kesalahan buli, sebaliknya mengguna pakai Kanun Keseksaan dan undang-undang lain, namun kerajaan telah meminda dan memperkenalkan Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perhimpunan Bulan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada 20 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

– Oleh Maisarah Sheikh Rahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *