Kes Rasuah ATM: SPRM Sita RM11.4 Juta Termasuk Jongkong Emas, Wang Tunai

Antara barangan rampasan yang dipamerkan pada sidang media khas mengenai rampasan melibatkan bekas panglima angkatan tentera di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 15 Januari 2026. Foto Faiz Alif Zubir

PUTRAJAYA, 15 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai berjumlah RM4.4 juta, selain jongkong emas seberat 3.7 kilogram (kg) dengan nilai RM2.5 juta menerusi Op Parasit dengan nilai keseluruhan dianggar berjumlah RM11.4 juta.

Turut disita ialah mata wang wang asing bernilai RM1.4 juta, satu unit Range Rover SVR bernilai RM360,000, barang kemas (RM294,039), dua cincin berlian (RM20,000) dan medalion emas 150 gram dengan nilai RM102,000.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, selain itu, sebanyak 75 akaun turut dibekukan dengan anggaran nilai sebanyak RM32.5 juta.

Kes Rasuah Tender: SPRM Sita Jongkong Emas, Wang Tunai RM6.9 Juta

“Jadi, dalam kes ini, penyitaan aset telah dibuat di dua lokasi masing-masing di sebuah residensi di Kuala Lumpur dan di Besut, Terengganu.

“Pegawai saya terpaksa ke Terengganu dua kali bagi mendapatkan barang-barang kes ini berdasarkan maklumat yang diterima.

“Kita pamerkan barang-barang ini bukan untuk ‘showcase’, tetapi sebagai barang bukti supaya maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah betul,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kes Rasuah Tender: Puluhan Jam Tangan Dianggar RM2 Juta Ditemui Di Rumah Isteri Kedua

Pada masa sama, Azam berkata, menerusi kes melibatkan siasatan kes tender perolehan membabitkan bekas Panglima Tentera Darat itu sebanyak 23 individu turut ditahan.

Selain itu, katanya, SPRM turut membuka 22 ‘predicate offense’ dan satu kertas melibatkan penggubahan wang haram.

“Jadi, untuk maklumat semua, siasatan masih kita teruskan.

“Namun demikian dalam beberapa kertas siasatan berkenaan, saya telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk menyegerakan siasatan ini pada minggu hadapan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *