Kes Rasuah Tender: Puluhan Jam Tangan Dianggar RM2 Juta Ditemui Di Rumah Isteri Kedua

SPRM berkata, jam tangan pelbagai model dan mewah berkenaan yang ditemui dalam dua bagasi itu dipercayai bernilai kira-kira RM2 juta.

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Hasil penggeledahan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah kediaman dipercayai milik isteri kedua bekas Panglima Tentera Darat (PTD) hari ini, menemukan puluhan utas jam tangan mahal berjenama Rolex bertimbun dalam dua bagasi.

Penggeledahan rumah oleh SPRM itu dilakukan di sebuah negeri di Pantai Timur.

Jam tangan pelbagai model dan mewah berkenaan yang ditemui dalam dua bagasi itu dipercayai bernilai kira-kira RM2 juta.

Jongkong emas antara sitaan SPRM kira-kira RM6.9 juta dalam siasatan membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bermula sejak akhir tahun lalu.

Dalam operasi itu, pegawai penyiasat SPRM turut menyita beberapa barangan kemas milik seorang individu dipercayai bersubahat dengan mereka dianggarkan bernilai kira-kira RM225,000.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan penemuan barangan berharga itu.

Semalam, SPRM menyita tiga jongkong emas tulen 999 masing-masing seberat satu kilogram bernilai kira-kira RM1.8 juta daripada suspek yang sedang disiasat dalam projek tender perolehan TDM.

Kes Rasuah Tender: SPRM Sita Jongkong Emas, Wang Tunai RM6.9 Juta

Jongkong emas antara sitaan kira-kira RM6.9 juta dalam siasatan membabitkan pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bermula sejak akhir tahun lalu.

Selain emas, turut disita kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *