Kerajaan Komited Selesai Isu Infrastruktur Asas Di Labuan – Dr Zaliha

Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa ketika mengadakan lawatan kerja ke Labuan minggu lalu bagi meninjau projek-projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai itu. Foto Facebook Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 JanKerajaan akan memberi fokus dalam menyelesaikan isu infrastruktur asas di Labuan dalam usaha memaju dan memakmurkan lagi pulau bebas cukai itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, berkata lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam di Labuan pada Ahad, jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merangka usaha berkenaan.

“Justeru, dengan pemantauan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta usaha sama antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan beberapa agensi Kerajaan Sabah yang berkaitan, diharapkan pelaksanaan projek menaik taraf paip dan cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu dapat dilaksanakan dengan baik.

“Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur asas di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan semestinya akan merangsang aktiviti ekonomi tempatan serta menarik pelaburan luar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Fadillah dilapor berkata, pendekatan dan kaedah berbeza perlu diguna pakai dalam merealisasikan cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah yang dinantikan sekian lama.

Kenyataan media Dr Zaliha Mustafa yang dikeluarkan pada Ahad. Foto Facebook Jabatan Wilayah Persekutuan

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk kajian menyeluruh bagi menilai daya maju jambatan berkenaan dan potensi kesannya terhadap ekonomi Labuan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *