Terjatuh Dari Jambatan Lutong, Warga Emas Dikhuatiri Lemas

Pasukan SAR dianggotai bomba dan polis digerakkan menggunakan bot bomba melakukan pencarian mangsa di sepanjang sungai. Foto JBPM Sarawak

MIRI, 21 Jan – Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Lutong, Jalan Miri-Pujut, di sini petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian terbabit kira-kira jam 2.15 petang.

“Berdasarkan maklumat dari orang awam, mangsa seorang warga emas telah terjatuh ke dalam sungai dari Jambatan Lutong.

“Sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong dan balai bantuan dari BBP Miri bersama tujuh anggota bergerak ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pasukan SAR dianggotai bomba dan polis digerakkan menggunakan bot bomba melakukan pencarian mangsa di sepanjang sungai. Foto JBPM Sarawak

Sehubungan itu, Pusat Kawalan Bomba (PKB) dibuka di kawasan Kampung Pangkalan Lutong.

“Pada jam 3 petang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di kawasan mangsa dikatakan terjatuh dan satu kilometer ke hulu dan ke hilir sungai menggunakan bot bomba,” ujarnya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *