Kadar Pemulihan Penumpang di LTAKK Capai 92 Peratus – Christina

Christina Liew berkata, sepanjang tempoh terbabit, LTAKK mengendalikan seramai 4,578,661 penumpang. Foto Arkib

KOTA KINABALU, 9 Ogos – Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) mencapai sehingga 92 peratus kadar pemulihan penumpang bermula 1 Januari sehingga 5 Ogos tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, sepanjang tempoh terbabit, LTAKK mengendalikan seramai 4,578,661 penumpang berdasarkan laporan Pengurus Kanan Lapangan Terbang (KKIA) Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) Jefry Ramli.

“Jika dibandingkan dengan jumlah 5,576,110 penumpang bagi tempoh yang sama pada 2019, kadar pemulihan keseluruhan adalah 82 peratus.

“Bagi segmen domestik, kadar pemulihan adalah 92 peratus manakala segmen antarabangsa ialah 63 peratus,” katanya semasa diberi taklimat berkenaan status semasa pergerakan penumpang dan kemudahan di LTAKK semasa mesyuarat pasca Kabinet menteri Rabu lalu.

Dalam pada itu, semasa bercakap mengenai projek menaik taraf tandas Fasa Satu lapangan terbang itu, Christina berkata, kerja-kerja baik pulih membabitkan lima buah tandas sedia ada yang menggunakan belanja RM2.5 juta dianggarkan siap pada pertengahan September.

Katanya, Fasa Dua yang melibatkan kerja baik pulih 21 tandas sedia ada dijangka dimulakan pada Oktober.

Sementara itu, Christina juga akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola bersama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi persiapan sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan pada 16 September ini berikutan acara itu akan dihoskan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *