Tambahan Peruntukan Kepada Sabah: Kerajaan Terbuka Untuk Bincang – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berswafoto dengan orang ramai di Medan Selera Tanglin, pada Jumaat. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Kerajaan terbuka untuk berbincang mengenai peruntukan tambahan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menjelaskan, peruntukan RM16 bilion kepada Sabah yang diumumkannya pada Pesta Kaamatan, 31 Mei lalu, adalah bagi pembangunan saja.
“Jangan politikkan benda itu. Kalau hendak minta lagi, bincang elok-elok,” katanya.
Peruntukan Untuk Sabah Lebih 40 Peratus Sejak PM Anwar Ketuai Kerajaan Perpaduan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Beluran daripada Perikatan Nasional (PN), Dr Ronald Kiandee yang mendakwa kenyataan Anwar berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah adalah mengelirukan.
Sebaliknya ujar Anwar semasa sambutan Pesta Kaamatan tempoh hari, semasa pentadbirannya, peruntukan kepada Sabah meningkat dengan ketara hingga melebihi tuntutan hasil 40 peratus kerajaan negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sejak beliau mengetuai Kerajaan Perpaduan pada November 2022.
“Sejak saya jadi Perdana Menteri berbanding sebelumnya iaitu pada tahun 2022, peruntukan keseluruhan Sabah ialah RM12.9. Jika dibandingkan pada 2024, saya tambah menjadi RM16 bilion untuk Sabah.
Kerajaan Tekad Noktahkan Kemiskinan Tegar Di Sabah Akhir Julai – PM Anwar
“Jadi, orang yang menyerang kita harus ingat. Betul isu 40 peratus belum diputuskan tetapi RM16 bilion ini jauh melepasi 40 peratus itu.
“Boleh buat tuntutan, tapi jangan nafikan itu kerana bila dengar RM16 bilion memang senang. Tapi apabila saya ke Pulau Pinang, Pahang, Johor, mereka juga akan tanya,” ujarnya.
Terdahulu, Anwar menikmati makan tengah hari sambil beramah mesra dengan pelanggan dan peniaga di Medan Selera Tanglin, di sini, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
