Helikopter APMM Terhempas Di Pulau Angsa, Empat Krew Selamat

Nelayan dilaporkan berjaya menyelamat empat krew helikopter milik APMM yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Selangor sebentar tadi.

KLANG, 5 MacSebuah helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilaporkan terhempas di Pulau Angsa di sini, pada Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang sedang mendapatkan maklumat lanjut di lokasi.

Difahamkan kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan jenis pesawat dikenalpasti sebagai Agustawestland AW139.

Nelayan dilaporkan berjaya menyelamat empat krew helikopter milik APMM yang terhempas di perairan Pulau Angsa, Selangor sebentar tadi.

Menurut laporan awal difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Berikutan itu, satu kenyataan rasmi juga akan dikeluarkan Maritim Malaysia mengenai insiden terbabit.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *