Kerajaan Akan Bawa Usul Wan Saiful Digantung 6 Bulan

Ahmad Zahid (kiri) dijangka akan membawa usul penggantungan Wan Saiful selama enam bulan dari Dewan Rakyat. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Pihak kerajaan berhasrat mencadangkan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) digantung selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka mencadangkan usul itu selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berdasarkan aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat bagi 5 Mac.

Wan Saiful dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahas titah diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.

Menurut usul itu, Wan Saiful didakwa mengeluarkan sangkaan jahat ke atas Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, walaupun speaker Dewan Rakyat berulang kali mengarahkan supaya tidak membuat kenyataan sedemikian.

Wakil rakyat Bersatu itu juga didakwa menggunakan nama Agong bagi mempengaruhi majlis mesyuarat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *