Gempa Bumi Lemah Landa Sandakan Petang Tadi

Lokasi gempa bumi kira-kira 57 kilometer dari Sandakan berukuran 3.6 jam 2.11 petang tadi. Foto X MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 27 Jan – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.6 magnitud berlaku di Perairan Sabah Timur kira-kira pukul 2.11 petang tadi.
Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada jarak 57 kilometer (km) dari Sandakan.
Jelasnya, gempa tersebut berpusat pada kedalaman 10 km dan pada koordinat 6.2° Utara dan 118.4° Timur.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa itu.
Pihak berkuasa sedang mendapatkan maklumat lanjut sekiranya berlaku kemalangan harta benda.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
