Tun Daim Akan Didakwa Isnin Ini

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin. Foto The Star

KUALA LUMPUR, 27 JanBekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin ini.

Menurut kenyataan ringkas oleh Daim melalui peguamnya, beliau akan didakwa atas pertuduhan sama yang dikenakan terhadap isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid.

“Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah merekodkan kenyataan daripada saya.

Peguam saya juga telah dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin, 29 Januari ini mengikut Seksyen 36(2) Ata SPRM 2009 iaitu kesalahan tidak mendedahkan aset.

“Baiklah, saya tidak sabar akan hari-hari saya di Mahkamah,” ujar Daim.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin. Foto The Star

Pada 23 Januari lalu Na’imah didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytiharkan 12 aset miliknya.

Seskyen tersebut membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pada 24 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu bahawa pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa Daim.

Bagaimanapun, prosiding itu tertangguh selepas Daim dimasukkan ke hospital sekitar minggu kedua Januari lalu.

Daim telah keluar daripada hospital semalam.

Isnin lalu, Na’imah didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd; dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz; dua rumah di Persiaran Bukit Tunku dan Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini; empat lot tanah pegangan bebas di Bukit Tunku dan satu lot tanah, masing-masing di Pulau Pinang dan TTDI.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *