Kilang, Peralatan Perabot Terbakar Bersama Lori

JBPM Negeri Sabah menerina panggilan kebakaran sebuah kilang perabot pada jam 11.52 malam, 27 Januari 2024 melalui talian MERS999 yang berlaku di Jalan Tuaran lama, Kampung Darau, Sabah. Foto Facebook JBPM
KOTA KINABALU, 28 Jan – Sebuah kilang perabot di Jalan Tuaran lama Kampung Darau dekat sini terlibat dalam kebakaran tengah malam Sabtu lepas.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan kecemasan pada jam 11.52 malam.
Katanya, kejadian itu membabitkan peralatan membuat perabot di kilang terbabit.
“Pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dan dua pancutan air dari tangki jentera FRT,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pihaknya berjaya mengawal operasi pemadaman pada jam 12.15 tengah malam dan tamat sepenuhnya pada jam 12.56 tengah malam.

JBPM Negeri Sabah menerina panggilan kebakaran sebuah kilang perabot pada jam 11.52 malam, 27 Januari 2024 melalui talian MERS999 yang berlaku di Jalan Tuaran lama, Kampung Darau, Sabah. Foto Facebook JBPM
Dalam kejadian berasingan, sebuah lori satu tan yang membawa muatan kayu terbakar dalam kejadian berdekatan premis Chan Furniture Putatan awal pagi tadi.
MERS 999 menerima panggilan pada jam 2.32 pagi dan pasukan bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula.
Operasi terkawal pada jam 2.55 pagi dan tiada mangsa yang terlibat. Pihak bomba menamatkan operasi pada jam 3.10 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
