Fitnah: Seorang Wanita Akhirnya Mohon Maaf Kepada Fadhlina

Wanita bernama ‘Noor Ramzilaa’ membuat permohonan maaf kepada Fadhlina atas fitnah yang dilemparkan di Facebook pada 9 September 2025.

KUALA LUMPUR, 10 Sep – Kemungkinan takut dikenakan tindakan undang-undang, seorang wanita akhirnya mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan komen fitnah mengaitkan diri beliau dengan pengetua di sebuah sekolah.

Wanita tersebut menggunakan akaun Facebook ‘Noor Ramzilaa’ mendakwa telah membuat komen berkenaan tanpa menyelidik terlebih dahulu perkara itu.

Dia mendakwa maklumat berkenaan diambil daripada satu siaran langsung seorang pengguna media sosial selain tangkap layar dikongsikan pada TikTok.

“Dengan rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf saya kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah Zara Qairina.

“Tanpa selidik, saya terus komen macam ni di Facebook. Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, saya mengaku saya salah apa yang saya komen ini.

“Sekali lagi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya ini dan saya janji saya tidak akan ulangi lagi perbuatan ini,” katanya pada hantaran itu hari ini.

Tangkap layar hantaran fitnah yang dikongsikan Fadhlina setelah membuat laporan polis pada 9 September 2025.

Media sebelum ini melaporkan, Fadhlina membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah.

Beliau dipetik berkata, fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selain tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *