SPRM Mohon KDN Batal Pasport Menantu Muhyiddin

SPRM memohon pasport Muhammad Adlan Berhan dibatalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membolehkan menantu Muhyiddin tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR, 10 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan pasport antarabangsa menantu Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan projek di sebuah kementerian beberapa tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata usaha mengesan Muhammad Adlan Berhan masih diteruskan dan sumber memberitahu menantu Muhyiddin itu dipercayai berada di sebuah negara di Timur Tengah.

“Kita sudah membuat tindakan semalam dan berharap KDN setuju dengan permohonan agar pasport beliau dibatalkan.

Skandal dalam sebuah kementerian mendorong menantu Muhyiddin dan seorang lagi melarikan diri ke luar dipercayai berada di Timur Tengah.

“Beliau didakwa berada di negara yang mana kita tidak mempunyai perjanjian ekstradisi, tapi kita cuba berunding dengan negara berkenaan bagaimana untuk membawa beliau pulang ke negara ini,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad dengan SPRM di sini.

Pada 7 Ogos 2023, SPRM dilaporkan mencari dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Selain Adlan, seorang lagi lelaki terbabit ialah peguam Mansoor Saat, 70, di mana mereka berdua dikenal pasti meninggalkan Malaysia pada 17 dan 21 Mei 2023.

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan masih tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa walaupun Interpol telah mengeluarkan notis merah. Foto SPRM

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *