Isteri Bekas PM Nepal Dibakar Angkara Amukan Gen Z!

Rajyalaxmi Chitrakar dikatakan melecur dan meninggal dunia dalam serangan di Kathmandu pada 9 September 2025.

KATHMANDU, 10 Sep – Isteri kepada bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal, iaitu Rajyalaxmi Chitrakar meninggal dunia akibat melecur teruk apabila rumah mereka di Kathmandu dibakar penunjuk perasaan yang marah, lapor media tempatan.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di kawasan kediaman mewah Dallu.

Menurut media Nepal, Khabarhub, Rajyalaxmi terperangkap di dalam rumah ketika kumpulan penunjuk perasaan membakarnya.

Foto fail mendiang Rajyalaxmi Chitrakar (kiri) dan Jhalanath Khanal (kanan). Foto AFP

Dia kemudiannya diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Kirtipur dalam keadaan kritikal tetapi akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Kematiannya berlaku dalam keadaan demonstrasi generasi Z (Gen Z) yang semakin ganas sehingga memaksa Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli, meletak jawatan.

Gen Z merujuk kepada mereka yang lahir antara tahun 1997 hingga 2012.

Rajyalaxmi Chitrakar dikatakan melecur dan meninggal dunia dalam serangan di Kathmandu pada 9 September 2025.

Penunjuk perasaan juga membakar beberapa bangunan kerajaan, termasuk bangunan Parlimen dan Pejabat Presiden di Kathmandu .

Protes yang bermula pada 8 September 2025 itu berpunca daripada larangan kerajaan ke atas 26 platform media sosial utama, termasuk Facebook, Instagram, WhatsApp, dan YouTube, dengan alasan cukai dan keselamatan siber.

Namun, rakyat melihat langkah itu sebagai serangan terhadap kebebasan bersuara dan cara untuk menyekat bantahan .

Sejak dua hari lalu, rusuhan di Nepal telah meragut sekurang-kurangnya 19 nyawa, manakala lebih 500 orang cedera.

Penunjuk perasaan menuntut gejala meluas rasuah dan amalan kronisme dibanteras.

Mereka mahu sebuah kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan telus dalam proses membuat keputusan .

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *