Empat Dicekup Didakwa Buat Provokasi Terhadap Pihak Berkuasa

Empat individu ditahan selepas dipercayai menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas pada 19 Mei 2026.

KUDAT, 19 Mei – Operasi perobohan struktur binaan di atas tanah simpanan kerajaan di daerah kecil Matunggong, hari ini, kecoh apabila empat individu ditahan selepas dipercayai menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dalam operasi kira-kira jam 9.30 pagi itu, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Kudat bersama beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan perobohan di kawasan tapak tambahan Pekan Baru Matunggong.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, semasa operasi dijalankan terdapat kehadiran beberapa pelajar Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta penduduk kampung di lokasi kejadian.

Suara Mahasiswa UMS bertindak mengawal kawasan yang menjadi isu di pekan baharu Matunggong pada 19 Mei 2026.

Katanya, polis sudah melaksanakan kawalan keselamatan bagi memastikan keadaan terkawal dan operasi berjalan lancar.

“Bagaimanapun, empat individu ditahan selepas dipercayai menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

“Sebelum tindakan penahanan dibuat, pihak polis sudah memberikan nasihat dan amaran supaya semua yang berada di lokasi memberi kerjasama serta mengosongkan kawasan perobohan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Antara jentolak yang digunakan tetapi dikatakan dihalang Suara Mahasiswa UMS bertindak mengawal kawasan yang menjadi isu di pekan baharu Matunggong pada 19 Mei 2026.

Menurutnya, arahan terbabit bagaimanapun tidak dipatuhi selain berlaku provokasi dan tindakan menghalang penjawat awam semasa operasi dijalankan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Dalam insiden itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun turut mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terjatuh.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Mohd Haris berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa bertenang dan tidak mengambil tindakan bertentangan undang-undang termasuk mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni menerusi media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *