Lapan Maut Insiden Tembakan Rambang Di Stesen Bas

pelaku melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai yang lalu lalang di stesen bas pada petang 18 Mei 2026.
KAHERAH, 19 Mei – Seorang lelaki di Mesir menembak mati lapan orang dalam kejadian di sebuah stesen bas, menurut Kementerian Dalam Negeri pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Insiden di Abnub, kira-kira 300 kilometer ke selatan Kaherah di wilayah Assiut itu menyebabkan lima yang lain cedera.
Menurut kementerian itu, pelaku melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai yang lalu lalang di stesen bas pada petang Isnin.
Pasukan keselamatan kemudian menjejakinya di tanah pertanian sebelum lelaki itu terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis.
Menurut siasatan awal, suspek mengalami masalah kesihatan mental sejak sekian lama dan telah dirawat di hospital psikiatri di Kaherah, menurut kementerian.
Pejabat pendakwa raya sedang menyiasat kes itu. – BERNAMA-dpa
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
