Dah Lebih 10 Hari, Siapa Layak ‘Gantikan’ Muhyiddin?

Pengganti Muhyiddin menjadi persoalan penting menentukan masa depan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat terumbang-ambing walaupun nama Ahmad Samsuri antara calon ‘terbaik’ tetapi mempunyai banyak kelemahan tersendiri.

PENDAPAT, 10 Jan – Sudah lebih dari 10 hari berlalu sejak Muhyiddin Yassin membuat kejutan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), masih lagi tiada kepastian siapa yang akan menggantikan Presiden Bersatu itu biarpun Pas telah mencadangkan ‘beberapa nama’ termasuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagaimanapun, cadangan berkenaan wajar dinilai secara kritikal dan rasional, bukan berdasarkan sentimen ‘kekecewaan’ terhadap prestasi Muhyiddin yang dilihat gagal membawa suntikan semangat baharu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kurang dua tahun dari sekarang.

Berdasarkan rekod serta realiti politik semasa, terdapat beberapa sebab kukuh mengapa Ahmad Samsuri dilihat tidak layak untuk memegang jawatan tertinggi dalam gabungan tersebut, apatah lagi terdapat beberapa ‘cubaan’ menghalang ADUN Ru Rendang itu untuk mengisi tampuk PN sejak beberapa hari lalu.

Pencalonan Ahmad Samsuri menggantikan Muhyiddin mungkin menyelesaikan isu jangka pendek tetapi belum tentu berkesan buat jangka masa panjang.

Maka benarlah telahan seorang pemerhati politik, Syam Ghaz yang menulis di Facebook menyatakan sama ada Pas dilihat telah tersilap langkah mendesak Muhyiddin berundur yang kini jelas memakan diri.

“Bahasa mudahnya bagi Muhyiddin Yassin balik jadi Pengerusi selepas semua Jk (Jawatankuasa) Pas Pusat desak Muhyiddin letak jawatan sebab krisis gila kuasa berebut jawatan MB Perlis.

“3 orang YB Pas dipecat sia sia. Hadi gadaikan maruah YB mrka (mereka) sendiri sebab politik tamak kuasa.

“PAS paling malang, tamak kuasa kata ada calon Pengerusi PN (Samsuri Mb Terengganu yang tak popular dan gagal urus negeri sendiri), akhirnya Samsuri mengadap pujuk Muhyiddin balik?

Kenyataan Mahathir pada 2023 kononnya Ahmad Samsuri layak menjadi perdana menteri sekadar cakap-cakap politik tetapi lebih kepada ‘menunggang’ pengaruh Pas untuk kembali semula menjadi perdana menteri atas semangat ‘perpaduan Melayu’.

“Sanusi kelmarin pun kata, perletakkan jawatan Muhyiddin tidak sah. Kena letak jawatan dalam mesyuarat baru sah. Kartun sungguh. Sebenarnya cakap ajelah nak u-turn.

“Semua ni terjadi bila Umno kata kekal dengan Kerajaan skrg, usaha tubuhkan MN2.0 hanya seperti buih di lautan,” tulisnya.

Berdasarkan catatan berkenaan, sudah jelas lagi bersuluh, pengalaman Ahmad Samsuri hanya tertumpu kepada pentadbiran peringkat negeri dan amat terhad keupayaannya menjadi pemimpin nasional, khususnya hanya sebagai Menteri Besar Terengganu.

Bonus Aidilfitri: Ahmad Samsuri Sekali Lagi ‘Dimalukan’ Putrajaya

Biarpun bergelar ahli parlimen Kemaman sekali pun, tidak banyak pencapaian signifikan dilakukan sama ada mutu perbahasan Belanjawan atau Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat yang boleh dijadikan kayu ukur selain ‘dibayangi’ Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin.

Sebenarnya mengemudi sebuah gabungan politik nasional memerlukan kemahiran politik persekutuan yang kompleks, keupayaan mengurus kepelbagaian perjuangan parti komponen serta pengalaman luas berdepan tekanan geopolitik, ekonomi dan sosial di peringkat negara. Kekurangan pendedahan langsung di pentas politik nasional menjadi kelemahan utama.

PN Makin Berantakan Lepas Samsuri Letak Jawatan?

Ini ditambah lagi dengan gaya kepimpinannya di Terengganu juga tidak terlepas daripada kritikan, termasuk isu tadbir urus, ketelusan dan pendekatan yang dilihat kurang inklusif. Prestasi di peringkat negeri belum cukup meyakinkan untuk dijadikan asas melonjak ke jawatan lebih besar yang menuntut kepercayaan seluruh rakyat Malaysia, bukan hanya penyokong parti tertentu.

Paling menghampakan, gaya pentadbirannya lebih selesa berperanan sebagai ‘boneka robot’ Abdul Hadi berbanding menjadi pemimpin politik yang mesti mengemukakan idea dan cadangan selain berdepan perbezaan pandangan secara terbuka dan agresif.

Kerajaan MADANI Tak Zalim, Tak Sekat Peruntukan – PM Anwar Jawab Samsuri

Jawatan Pengerusi PN menuntut ketokohan politik, karisma kepimpinan tinggi serta kebolehan menyatukan tokoh-tokoh besar yang sering berbeza kepentingan dan agenda.

Sama ada Ahmad Samsuri atau Tuan Ibrahim Tuan Man atau sesiapa sahaja diketengahkan, PN sebenarnya sedang berdepan krisis kepercayaan antara parti gabungan dan kepimpinan yang tidak mendasari kehendak dan tuntutan semasa rakyat.

Apabila ‘Lori’ Calon PM Pas Rosak

Lebih malang, dalam kekalutan yang dicipta sendiri seperti krisis politik di Perlis, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan pelbagai inisiatif dan bantuan terus kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Usahlah mengangkat figura yang belum terbukti di peringkat nasional sesuka hari kerana ia amat berisiko menambah kelemahan sedia ada.

SARA RM100: ‘Benci PMX’ Tapi Empat Negeri ‘SG4’ Paling Ramai Tebus Bantuan

Dan dalam konteks ini, Ahmad Samsuri hanya lebih sesuai menumpukan usaha memperbaiki pentadbiran negeri terlebih dahulu berbanding memikul tanggungjawab besar yang belum tentu mampu digalas dengan berkesan, jauh sekali menjadi ‘poster boy’ menentang Anwar dan Kerajaan Perpaduan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *