Bonus Aidilfitri: Ahmad Samsuri Sekali Lagi ‘Dimalukan’ Putrajaya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 27 Mar – Bukan sedikit malunya apabila sekali lagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyelamatkan ‘maruah’ kerajaan negeri Terengganu dengan bantuan RM500 duit raya kepada penjawat awam negeri itu.

Tindakan Putrajaya membiayai bantuan khas kewangan (BKK) Aidilfitri kepada 14,000 penjawat awam negeri itu disifatkan dua penganalisis pula mencalar ego Ahmad Samsuri yang dimomokkan sebagai ‘perdana menteri daripada Perikatan Nasional (PN)’.

Tawfiq Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata SG4 sering digembar-gembur berupaya melonjakkan ekonomi selain dianggap model pemerintahan terbaik.

Pengumuman Kementerian Kewangan mengenai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam kerajaan negeri Terengganu yang mencalarkan maruah Ahmad Samsuri. Foto MOF

Sebelum ini pentadbiran PN diketuai Pas di Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis sering digembar-gemburkan berupaya melonjakkan ekonomi selain dianggap model pemerintahan terbaik.

Namun, Tawfiq berkata pembayaran ‘bonus’ Aidilfitri kepada Terengganu oleh kerajaan pusat memperlihatkan kelemahan pentadbiran Ahmad Samsuri walaupun cuba menggunakan dalih ia adalah ‘wang royalti petroleum’ milik negeri.

“Samsuri bukan calang-calang latar belakangnya, dan digembar-gemburkan sebagai bakal calon perdana menteri daripada Pas. Negeri lain yang tidak bergantung kepada hasil petroleum pun masih mampu memberi sagu hati perayaan kepada kakitangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Mereka perlu mengubah corak pentadbiran supaya lebih berkesan selepas ini,” katanya ketika mempersoalkan peranan GLC Terengganu menyumbang hasil kepada negeri untuk disalurkan semula kepada warganya.

Tawfiq berkata, anak syarikat kerajaan negeri seharusnya mampu memberi hasil kepada kerajaan negeri dan menjadi sumber kewangan kepada pentadbirannya.

“Tetapi kenapa keuntungan GLC tidak boleh membantu dalam hal ini?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jika (guna alasan bonus raya) itu duit royalti pun negeri sepatutnya mempunyai kekuatan kewangan daripada pelbagai sumber lain juga dan simpanan untuk pelbagai perbelanjaan masa depan,” katanya.

Kelmarin, Exco Terengganu Azman Ibrahim menafikan dakwaan kelemahan pengurusan kewangan negeri itu sehingga Putrajaya perlu membayar bonus penjawat awam kerajaan terbabit.

Beliau turut menegaskan pentadbiran Samsuri bukan bergantung sepenuhnya kepada hasil royalti minyak untuk membayarnya, sebaliknya hanya menuntut hak negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan yang senada dengan Tawfiq turut membangkitkan sama ada wujud kelemahan dalam pengurusan pentadbiran Terengganu atau kekurangan strategi oleh negeri SG4 untuk menambah pendapatan.

“Mungkin mereka tidak buat perancangan rapi atau tiada duit…ini mendukacitakan kerana sepatutnya peluang mentadbir harus digunakan membuktikan kemampuan mengurus negeri dan seterusnya negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *