Benzema Sah Tinggalkan Madrid

Penyerang sensasi dari Perancis itu dikhabarkan akan meninggalkan Real Madrid menuju ke Timur Tengah. Foto Agensi.

MADRID, 4 Jun – Penyerang sensasi Real Madrid, Karim Benzema bersetuju dengan perjanjian untuk menamatkan era gemilangnya di kelab berkenaan, umum kelab itu hari ini.

Penyerang berusia 35 tahun itu minggu ini dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Arab Saudi.

“Pemain Real Madrid dan kapten kami, Karim Benzema sudah bersetuju untuk menamatkan era gemilang yang tidak boleh dilupakan sebagai pemain di kelab kami,” kata Los Blancos dalam satu kenyataan.

“Madrid mahu menunjukkan penghormatan dan rasa sayang terhadap seseorang yang pernah menjadi legenda terhebat kami.”

Penyerang sensasi dari Perancis itu dikhabarkan akan meninggalkan Real Madrid menuju ke Timur Tengah. Foto Arkib.

Pengumuman itu hadir selepas jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti berkata semalam “tiada sangsi lagi” mengenai masa depan Benzema di Madrid, dengan penyerang itu ada baki kontrak setahun di sana.

Benzema sendiri berkata “tidak semua yang anda baca di internet adalah realiti” selepas laporan muncul minggu ini mengatakan kemungkinan dia akan berhijrah ke Arab Saudi.

Penyerang Perancis itu menyertai Madrid pada 2009 dari pasukan Ligue 1, Lyon.

– AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *