Bayaran Khas RM300 Juta Bagi Sabah, Sarawak Telah Disempurnakan Semalam – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian khas pada kadar baharu RM300 juta kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah disempurnakan semalam. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Bayaran pemberian khas tahun 2023 pada kadar baharu RM300 juta kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah disempurnakan semalam kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan semakan kadar amaun pemberian khas melalui penyelesaian secara interim itu telah diwartakan.

“Bagi melaksanakan semakan kadar amaun pemberian khas baharu ini berdasarkan Perkara 112D(1) dan 112D(5) Perlembagaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sarawak) 2023 telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak telah mencapai persetujuan untuk semakan kadar amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa bermula tahun 2023 sebagai penyelesaian secara interim sementara proses memuktamadkan formula semakan pemberian khas bagi jangka panjang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian khas pada kadar baharu RM300 juta kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak telah disempurnakan semalam. Foto Bernama

Penyelesaian secara interim ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63) yang telah berlangsung pada 20 Januari 2023 dan telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024.

Persetujuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:

(a) Kadar amaun pemberian khas baharu bagi negeri Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM300 juta mulai 2023.

Kadar interim ini merupakan peningkatan kepada amaun yang sedang berkuat kuasa RM16 juta setahun bagi negeri Sarawak sejak tahun 1969 dan RM125.6 juta bagi negeri Sabah bagi tahun 2022 melalui semakan interim yang telah dilaksanakan untuk Sabah pada tahun 2022;

(b) Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak komited untuk meneruskan perundingan dan melaksanakan semakan semula kadar pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk memuktamadkan formula penentuan kadar pemberian yang telah diperuntukkan di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan;

TERKINI: Belanjawan 2024 Malaysia MADANI Meningkat Kepada RM393.8 Bilion – PM Anwar

(c) Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak akan melaksanakan kajian semakan pemberian khas dengan mengambil kira pertimbangan keperluan kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Sarawak berhubung kos perkhidmatan negeri serta kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 112D(2) Perlembagaan Persekutuan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *