TERKINI: Belanjawan 2024 Malaysia MADANI Meningkat Kepada RM393.8 Bilion – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Belanjawan 2024 Malaysia MADANI memperuntukkan sejumlah RM393.8 bilion, peningkatan ketara berbanding Belanjawan 2023 dengan peruntukan RM372.3 bilion dan Bajet 2022 yang berjumlah RM322 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ ini yang dimulakan jam 4.05 petang menyediakan RM303.8 bilion bagi Belanja Mengurus dan RM90 bilion bagi Belanja Pembangunan dan RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.

“Perbelanjaan ini membabitkan penambahan siling Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion lagi, menjadikan jumlah keseluruhan RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

“Penambahan ini menunjukkan kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang dan pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Belanjawan ini adalah yang kedua dibentang di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Pembentangan Belanjawan 2024 disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan dan media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *