Bas Ekspres Jatuh Gaung Di Lahad Datu

Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam Khamis. Foto Facebook TawauSyurga
LAHAD DATU, 20 Jun – Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam di sini malam Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.24 malam tadi.
“Tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan malam Khamis.
Menurutnya, operasi menyelamat masih dijalankan dan jumlah mangsa terlibat masih belum dapat dipastikan sehingga kini.
“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.
Setakat ini pasukan penyelamat masih berada di lokasi kejadian bagi menentukan tindakan susulan sebaik penumpang yang cedera dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

