Lelaki Mengaku Bunuh Isteri Dalam Bilik Hotel Serah Diri Di Balai Polis

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian seorang wanita dipercayai dibunuh suaminya pada Khamis. Foto media sosial

BATU GAJAH, 20 Jun – Seorang lelaki menyerah diri di balai polis dan mengaku telah membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau di sebuah bilik hotel dekat sini pada Khamis.

Pengakuan lelaki berusia 37 tahun itu dibuat semasa hadir di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang Khamis.

Laporan awal menyebut pasangan terbabit berdepan masalah rumah tangga dan sedang dalam proses penceraian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, daripada laporan awal diterima, lelaki terbabit datang ke balai polis dan mengaku telah membunuh isterinya.

“Ya memang benar, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya memberitahu kenyataan lanjut berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *