Banjir Sabah: Operasi SAR Kesan Pekerja Sabah Electricity Disambung

Operasi mencari dan menyelamat seorang pekerja Sabah Electricity diteruskan oleh beberapa agensi berkaitan pagi 18 September 2025.
KOTA KINABALU, 18 Sep – Operasi mencari dan menyelamat seorang pekerja Sabah Electricity yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Nuntunan Apin-Apin, Keningau disambung semula pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pencarian akan diteruskan berdasarkan perkembangan semasa termasuk keadaan cuaca lokasi di sepanjang sungai berkenaan.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.57 malam, sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi dengan jarak kira-kira 26 kilometer dari balai,” katanya.

Terdahulu, Kesatuan Jurutera-Jurutera (KJJ) Sabah Electricity dan Kesatuan Pekerja-Pekerja (KPP) Sabah Electricity menegaskan keselamatan anggota kerja ketika bertugas di lapangan sentiasa menjadi keutamaan.
Yang Dipertua KJJ, Ir. Ts. Christina Chin berkata, pasukan teknikal berdepan cabaran besar di lapangan dan meminta masyarakat memahami cabaran yang dihadapi pasukan teknikal.
Katanya, peringatan ini dikeluarkan susulan insiden membabitkan seorang anggota kerja teknikal kerjanya yang dihanyutkan arus deras kelmarin.
Banjir Sabah: MCMC Perkukuh Usaha Pulihkan Komunikasi Mangsa Bencana Menerusi PRIME, NADI
“Dalam kejadian itu, mangsa bersama dua lagi rakan sekerja sedang melakukan pemeriksaan talian di Kampung Nuntunan. Bagaimanapun, hanya dua rakan mangsa sempat diselamatkan.
“Kami berdukacita dengan kejadian itu dan merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.
“Pengorbanan beliau dalam melaksanakan amanah walaupun dalam keadaan cuaca buruk wajar dihargai,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Semua pihak berharap agar mangsa dapat ditemui segera dan berdoa moga semuanya dipermudahkan dalam menghadapi musibah yang melanda.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

