Azeem Pelari Ketiga Terpantas Asia, Tamatkan Penantian 41 Tahun

Muahmmad Azeem mencatat sejarah menjadi pelari ketiga terpantas Asia dengan catatan 10.11 saat pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022. Foto Xinhua
HANGZHOU, 30 Sep – Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi membuktikan kemampuannya apabila meraih gangsa dalam acara 100 meter (m) lelaki di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Sabtu.
Jaguh pecut berusia 19 tahun itu yang bermula di lorong kelapan mencatatkan masa 10.11 saat (s) sekali gus menamatkan penantian 41 tahun untuk memenangi pingat dalam acara itu.
Pingat emas menjadi milik atlet tuan rumah, Xie Zhenye dengan catatan 9.97s manakala Perak dimenangi atlet Thailand, Boonson Puripol dengan masa 10.02s.
Untuk rekod, Datuk Rabuan Pit muncul atlet pecut terakhir negara yang berjaya menaiki podium di pentas Sukan Asia apabila menjuarai acara tersebut pada edisi 1982 di New Delhi, India.

Stadium Olimpik Hangzhou bergema dengan sorakan penonton tuan rumah tetapi Muhammad Azeem berjaya mengenepikan semuanya untuk meraih gangsa kedua buat negara selepas Shelly Samson Vellabouy dalam acara 400m wanita.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
