Arteta Sedia Kena Kecam Lepas Arsenal Tersingkir

Bos Arsenal Mikel Arteta akur dengan kekalahan 1-3 di tangan West Ham pada aksi Piala Liga Inggeris di Stadium London awal pagi tadi. Foto Facebook Arsenal

LONDON, 2 Nov – Mikel Arteta sedia dipersalahkan susulan kekalahan 3-1 Arsenal di tangan West Ham pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris awal pagi tadi.

Arteta melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utamanya, bermula dengan Declan Rice di bangku pemain simpanan sekembalinya ke Stadium London.

Rice, yang menjulang trofi Liga Konferens Europa sebagai kapten West Ham musim lalu, kembali ke bekas kelabnya buat kali pertama sejak berpindah ke Emirates dengan harga £105 juta (RM608 juta).

Namun dia tidak boleh mendakap Piala Carabao musim ini selepas jaringan Muhammed Kudus dan Jarrod Bowen, menyusuli gol sendiri Ben White, menyaksikan kelab utara London itu tersingkir.

Bos Arsenal Mikel Arteta akur dengan kekalahan 1-3 di tangan West Ham pada aksi Piala Liga Inggeris di Stadium London awal pagi tadi. Foto Facebook Arsenal

“Saya amat kecewa,” kata bos The Gunners, Arteta. “Saya bertanggungjawab dengan kekalahan ini, kami tersingkir daripada piala, kami mahu bermain dengan cara yang amat berbeza dan bersaing.

“Perlawanan ini berubah selepas gol pertama itu (gol sendiri) tetapi kami perlu bertindak lebih baik dan berusaha memenangi perlawanan.

“Saya kecewa dengan diri sendiri. Kami mahu bermain dengan cara yang berbeza dan kami tidak mampu melakukannya. Setiap kali kami kalah ia amat memeritkan.

“Kami perlu menggunakan keperitan dan kekalahan ini untuk bersedia sebaik mungkin bagi aksi menentang Newcastle Sabtu ini.”

Pemain West Ham, Mohammed Kudus (kiri) bersaing dengan pemain Arsenal, Leandro Trossard pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stadium London, awal pagi tadi. – Foto REUTERS
Pemain West Ham, Mohammed Kudus (kiri) bersaing dengan pemain Arsenal, Leandro Trossard pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Stadium London, awal pagi tadi. Foto Reuters

West Ham mendahului selepas 15 minit apabila sepakan sudut Bowen ditanduk masuk secara tidak sengaja oleh White melepasi jangkauan penjaga gol Aaron Ramsdale.

“Ia satu persembahan mantap sebagai satu pasukan. Penyerang beraksi dengan amat bagus dan bagi tempoh yang agak lama kami bertahan dengan bagus. Jelasnya kami berjaya menyerap asakan mereka,” kata bos West Ham, David Moyes.

“Kami mungkin berjaya mengatasi Arsenal tetapi kami belum merangkul trofi lagi.” – AGENSI


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *