Arsenal Tumbang Di Tangan West Ham

Tomas Soucek membuka jaringan untuk West Ham ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Emirates, London. Foto AFP

LONDON, 29 Dis – Arsenal terlepas peluang untuk merampas kembali tangga teratas Liga Perdana Inggeris (PL) selepas tewas 0-2 kepada West Ham awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Mikel Arteta itu berada di puncak pada sambutan Krismas untuk tahun kedua berturut-turut tetapi sekarang mereka mengekori pendahulu, Liverpool dengan kekurangan dua mata.

Arsenal, naib juara tahun lalu, mendominasi penguasaan bola tetapi tidak mempunyai kelebihan menentang pelawat yang berdisiplin dan memperoleh jaringan menerusi Tomas Soucek dan Konstantinos.

Soucek membuka jaringan dari jarak dekat pada minit ke-13 selepas menerima hantaran Jarrod Bowen, dengan gol itu disahkan selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk melihat sama ada bola sudah keluar dari permainan atau tidak.

Tomas Soucek membuka jaringan untuk West Ham ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Emirates, London. Foto AFP

The Gunners berusaha mencari gol penyamaan menerusi beberapa serangan dan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan termasuk tandukan Bukayo Saka selepas setengah jam perlawanan berlangsung.

Dalam usaha mencari gol penyamaan mereka sekali lagi dikejutkan dengan jaringan pelawat apabila tandukan deras Mavropanos hasil sepakan penjuru James Ward Prowse menerjah ke dalam jaring.

Gabriel Jesus gagal menewaskan Areola dengan tandukan walaupun berada di kedudukan terbaik dan tidak lama selepas itu dia terlepas satu lagi peluang.

Pasukan tuan rumah terus mengasak gawang pelawat tetapi tidak menemui kejayaan dan ia mungkin lebih teruk sekiranya Said Benrahma berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan.

Kekalahan menyebabkan The Gunners berada di tempat kedua dengan mengumpul 40 mata, satu mata di depan Aston Villa dan tiga di depan Manchester City, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *