Aminuddin Alu-Alukan F&N Melabur Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 20 Jul – Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) di Pejabat Malaysian Vision Valley (MVV), Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), pada Sabtu.

Aminuddin berkata, perjumpaan ini bagi membincangkan peluang pelaburan F&N di Negeri Sembilan.


Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengalu-alukan syarikat multinasional seperti F&N mengembangkan operasi mereka di negeri ini seterusnya menyumbang kepada kemajuan negeri serta kemakmuran rakyat untuk jangka masa panjang.


“Saya yakin bahawa infrastruktur serta kemudahan yang baik di negeri ini mampu memberikan ruang untuk pelaburan syarikat tersebut.

“Mewakili Kerajaan Negeri, saya amat menyambut baik minat F&N terhadap Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.


Turut hadir, Pengerusi F&N Holdings Bhd, YAM Tengku Syarif Bendahara Perlis, Tengku Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail; Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Lim Yew Hoe; Penasihat Undang-Undang, Timothy Ooi dan Pengurus Kanan, Keupayaan dan Strategi Perniagaan, Lee Lay Yean.


Ini membuktikan syarikat besar bersedia melabur di negeri ini sebagai petanda keyakinan mereka terhadap kemudahan infrastruktur lengkap serta ketelusan kerajaan negeri dalam memastikan pelaburan mereka mendapat manfaat buat kedua-dua pihak.

Keyakinan mereka menjelaskan strategi menarik pelabur luar menanam modal di negeri ini amat tepat bersesuaian dengan memakmurkan ekonomi negeri dan rakyat di negeri ini.

Kredit: NegeriKita.org

Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *