21 Cabang KEADILAN Di Perak Akan Buat Laporan Polis Terhadap Najib Hari Ini

IPOH, 19 Jul – Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak 21 daripada 24 cabang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Perak dijangka akan membuat laporan polis ke atas bekas Perdana Menteri, Najib Razak di kawasan masing-masing hari ini.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan oleh koordinator bersama mobilisasi laporan polis terhadap Najib bagi negeri Perak menerusi pemakluman di media sosial pagi tadi.

Ini sebagai menyahut seruan Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengajak seluruh rakyat Malaysia beramai-ramai membuat laporan polis terhadap Najib yang terus menyusahkan rakyat hingga menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.


Antara cabang-cabang KEADILAN yang akan membuat laporan polis ialah Cabang Pasir Salak bersama Amanah kawasan Pasir Salak, Cabang Gopeng, Cabang Ipoh Timor, Cabang Bagan Serai, Cabang Padang Rengas, Cabang Gerik, Cabang Lenggong dan Cabang Tanjong Malim.

Berikut merupakan draf laporan polis yang boleh digunakan serta maklumat laporan lokasi dan masa cabang-cabang yang akan menyertai saranan Rafizi:

Draf laporan polis:

“.. Saya, (nama) __________________, No. Kad Pengenalan (IC) ____________, seorang rakyat Malaysia dan pemimpin KEADILAN / DAP / AMANAH ingin membuat laporan polis mengenai kecuaian bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.

Tuntutan ini bermula ekoran keputusan pentadbiran Dato’ Seri Najib untuk menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu (seperti kehendak perjanjian) dalam tahun 2013. Sepatutnya, sekiranya beliau tidak cuai dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri, beliau telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan.

Keputusan itu mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap Kerajaan Malaysia.

Notis tindakan saman yang diambil telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017 semasa Dato’ Seri Najib masih menjadi Perdana Menteri.

Sebagai rakyat Malaysia, saya meminta supaya pihak berkuasa menyiasat Dato’ Seri Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan, seperti Perkara 132 (Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam) dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan (P.U.A. 395) untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan Dato’ Seri Najib dalam menangani isu ini.

Saya berharap laporan ini membolehkan kertas siasatan dibuka untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian dan tanpa kecuaian yang boleh merugikan rakyat dan negara.

Saya membuat laporan ini demi menjalankan tanggungjawab sivik saya sebagai seorang rakyat…..”

Selasa 19 Julai 2022.

Kemas kini cabang yang akan membuat laporan polis dan jangkaan masa dibuat:

1. Cabang Beruas – Balai Polis Beruas – 10.30 pagi

2. Cabang Sungai Siput – IPD Sungai Siput – 3.00 petang

3. Cabang Gerik – IPD Gerik – 6.00 petang

4. Cabang Padang Rengas – IPD Kuala Kangsar – 11.00 pagi

5. Cabang Kampar – IPD Kampar – 10.30 pagi

6. Cabang Pasir Salak (bersama Amanah Kawasan Pasir Salak) – Balai Polis Kampung Gajah – 10.30 pagi

7. Cabang Kuala Kangsar – IPD Kuala Kangsar – 11.00 pagi

8. Cabang Ipoh Timur – Balai Polis Pasir Puteh – 2.00 petang

9. Cabang Tambun – Balai Polis Jelapang – 9.30 pagi

10. Cabang Gopeng – Sama ada Balai Polis Gunung Rapat / Gopeng – 2.00 petang


11. Cabang Lenggong – IPD Gerik – 6.00 petang

12. Cabang Lumut – IPD Manjung – 10.30 pagi

13. Cabang Taiping – IPD Taiping – 10.30 pagi

14. Cabang Larut – IPD Selama – 12.00 tengah hari

15. Cabang Bagan Serai – IPD Kerian, Bagan Serai – 6.00 petang

16. Cabang Parit Buntar – IPD Kerian, Bagan Serai – 6.00 petang

17. Cabang Tanjong Malim – IPD Muallim – 2.00 petang

18. Cabang Batu Gajah – IPD Batu Gajah – 11.15 pagi

19. Cabang Bukit Gantang – Balai Polis Changkat Jering – 10.30 pagi

20. Cabang Parit – IPD Seri Iskandar – 11.30 pagi

21. Cabang Ipoh Barat – Balai Polis Ipoh – 3.00 petang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *