Ziarah MADANI: Dua Veteran ATM Pula Terima Sumbangan PM Anwar

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada veteran ATM, Sulaiman Yusoh di Taman Balok Perdana, Kuantan pada 6 September 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 6 Sep – Jika semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan kepada veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini Perdana Menteri tampil menghulurkan sumbangan kepada dua veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuantan, Pahang.

Sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan mewakili Perdana Menteri itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Abu Samah Simat, yang menetap di Taman Balok Perdana dan Sulaiman Yusoh dari Taman Balok Makmur semasa menziarahi mereka di kediaman masing-masing.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada veteran ATM, Sulaiman Yusoh di Taman Balok Perdana, Kuantan pada 6 September 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Semoga bantuan ini bukan sahaja meringankan beban tetapi juga menjadi tanda bahawa jasa para veteran tidak pernah dilupakan.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kekuatan buat Encik Abu Samah sekeluarga. Jasa yang beliau curahkan bagi memastikan keamanan negara terjamin tidak pernah kita lupakan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri.

Persatuan Veteran ATM Cawangan Indera Mahkota turut menyertai Ahmad Farhan pada siri Ziarah MADANI kali ini bagi melawat Abu Samah yang diuji dengan serangan strok dan Sulaiman yang menghidap penyakit jantung kronik.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada veteran ATM, Abu Samah Simat di Taman Balok Perdana, Kuantan pada 6 September 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Menerusi hantaran berasingan, Ahmad Farhan berkongsi detik pertemuan dengan Sulaiman yang mengimbau kembali hubungan akrab beliau dengan ayahnya sejak dahulu.

“Saya bersyukur kerana ruang ini mengingatkan saya bahawa semangat Hari Malaysia adalah tentang kebersamaan, penghargaan dan persaudaraan.

“Bagi pihak Perdana Menteri, saya sempat menyampaikan sedikit sumbangan tunai dan bakul makanan sebagai tanda keprihatinan, mudah-mudahan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau sekeluarga,” katanya.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan kepada veteran ATM, Abu Samah Simat di Taman Balok Perdana, Kuantan pada 6 September 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Beliau turut mendoakan agar veteran itu dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta segala jasa dan pengorbanannya menjadi amal jariah yang tidak terputus.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *