Kenang Jasa Dan Pengorbanan, Veteran PDRM Terima Sumbangan PM Anwar

Ahmad Farhan menziarahi Juhari bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Cherating, Pahang. Foto Facebook Farhan Fauzi

KUALA LUMPUR, 6 Sep – Bagi mengenang jasa dan pengorbanan dalam menjaga keselamatan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook yang dikongsi Perdana Menteri, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Juhari Sinjak, 79, di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Jalan Bukit Palas, Cheratiing, Pahang.

Ahmad Farhan mennziarahi Juhari bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediamannya di Kampung Paya Keladi, Cherating, Pahang. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Walaupun beliau kini lumpuh separuh badan namun beliau tetap tabah menjalani kehidupan seharian. Ziarah MADANI ini bukan sekadar kunjungan tetapi tanda kasih dan penghargaan atas jasa serta pengorbanan beliau menjaga keamanan negara.

“Semoga bantuan kecil yang diberikan, sedikit sebanyak meringankan beban di samping menjadi bukti bahawa pengorbanan para veteran sentiasa kita hargai dan tidak pernah dilupakan,” katanya.

Kunjungan itu diadakan bagi memaknai sambutan Hari Malaysia yang akan diraikan pada 16 September ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *