Warga Emas Hilang Sejak 26 Februari Ditemukan Maut

Pasukan mencari dan menyelamat membawa keluar mayat warga emas yang dilaporkan hilang sejak 26 Februari lalu. Foto JBPM Sarawak

SERIAN, 28 FebSeorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Rituh Karas di sini sejak 26 Februari lalu ditemui mati hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa pada jam 8.04 pagi hari ini selepas usaha mereka mencari mangsa tidak berjaya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan selepas itu.

“Pencarian tertumpu kepada tiga sektor iaitu tebingan sungai, kawasan kampung dan sawah pada milik mangsa.

“Pada jam 12.15 pasukan SAR terima panggilan daripada penduduk kampung Slabi Plaman yang menemui mayat mangsa terapung di permukaan sungai di Kampung Slabi Plaman,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat membawa keluar mayat warga emas yang dilaporkan hilang sejak 26 Februari lalu. Foto JBPM Sarawak

Tambahnya, hasil pengecaman oleh keluarga mangsa, mayat tersebut adalah mangsa yang dilaporkan hilang.

“Pihak bomba bertindak mengangkat mangsa dari tebing sungai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *