Warga Emas Dilapor Hilang Rupanya Ditemui Di Kebun Halia

Mangsa selamat diserahkan kepada pihak keluarganya untuk tindakan lanjut.

TUARAN, 21 Ogos – Seorang warga emas lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan di Kampung Sinulihan di sini berjaya ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Muhammad Nor Amit berkata, mangsa berumur 80 tahun itu ditemukan pada jam 3.10 petang oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan kebun halia dalam keadaan lemah.

“Pasukan bomba ke lokasi mangsa untuk membantu mengangkat mangsa ke kawasan selamat.

“Mangsa kemudian diberi rawatan oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk tindakan selanjunya,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa selepas penduduk kampung melihat mangsa menuju ke kawasan hutan berhampiran kampung berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *