Kanak-Kanak 8 Tahun Rentung Dalam Kebakaran Di Lahad Datu

Sebuah rumah kayu di Kampung Telisai, Lahad Datu musnah dalam kebakaran malam tadi, mengorbankan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Foto Facebook

LAHAD DATU, 22 Ogos – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun ditemukan rentung setelah sebuah rumah kayu terbakar di Lahad Datu malam tadi.

Mayat Mohd Qalish Abdul Jumain ditemukan oleh anggota bomba di dalam bilik di rumah yang terletak di Kampung Telisai itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.46 malam dan sepasukan 15 anggota bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55km dari bandar.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman kebakaran dengan bantuan Pasukan Bomba Sokongan Felda Sahabat, katanya, lapor Bernama.

Dalam kejadian tersebut, tiga motosikal turut musnah.

Operasi tamat sepenuhnya pada 12.45 tengah malam dan punca kebakaran masih disiasat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *