Wanita Warga Asing Dipercayai Tertimbus Akibat Tanah Mendap

Keadaan di lokasi kejadian tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Seorang wanita warga asing disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 8 pagi itu, mangsa berjalan kaki sebelum terjatuh kira-kira 10 meter.

Anggota Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Tinjauan di lokasi mendapati Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din turut hadir.

Maklumat lanjut berkenaan insiden itu akan dimaklumkan menerusi satu kenyataan kemudian.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *