Wanita Maut Jatuh Kondo Rupanya Tidak Hamil

Anggota bomba melakukan pembersihan kawasan di lokasi wanita ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Bayan Lepas pada 4 September 2025. Foto BBP Bayan Baru

GEORGE TOWN, 4 Sep – Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, berkata seorang wanita yang maut akibat jatuh dari sebuah kondominium disahkan tidak hamil.

Beliau berkata, ia susulan hasil laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, hari ini.

“Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa tidak hamil seperti didakwa dan punca kematian adalah akibat impak jatuh dari tempat tinggi.

Gempar Wanita Hamil Ditinggal Kekasih Maut Jatuh Dari Kondo

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berusia 34 tahun yang ditemukan maut di tempat letak kereta sebuah kondominium itu mengalami tekanan kerana ditinggal teman lelaki.

Sazalee berkata, ibu mangsa turut mendakwa anaknya dipercayai hamil lima bulan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *