Gempar Wanita Hamil Ditinggal Kekasih Maut Jatuh Dari Kondo

Anggota bomba melakukan pembersihan kawasan di lokasi wanita ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Bayan Lepas pada 4 September 2025. Foto BBP Bayan Baru
BAYAN LEPAS, 4 Sep – Seorang wanita berusia 20-an ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 28 sebuah kondominium di sini, semalam.
Menurut laporan awal, mayat wanita itu ditemukan di parkir kondominium oleh orang awam kira-kira jam 9 malam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, wanita terbabit hamil lima bulan dan dipercayai baru ditinggal kekasih namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Bagaimanapun pihaknya akan memberikan kenyataan lanjut dalam masa terdekat setelah prosedur siastan termasuk laporan perubatan diperolehi daripada pihak hospital.
Pihak berkuasa meminta orang ramai memberi ruang bagi menjalankan siasatan lanjut dan tidak menyebarkan berita atau maklumat tidak sahih bagi menghormati keluarga mangsa.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

