Ubahsuai Kantoi, 200 Liter Diesel Dirampas Dalam Satu Kenderaan

KPDN cawangan Beaufort bertindak hasil maklumat awam serta risikan anggota penguat kuasa selepas mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan mengisi minyak diesel pada 1 April 2026.

BEAUFORT, 2 Apr – Taktik licik seorang lelaki menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi menyeleweng diesel terbongkar dalam serbuan Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di sini, petang semalam.

Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Beaufort hasil maklumat awam serta risikan anggota penguat kuasa selepas mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan mengisi minyak diesel.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Beaufort, Julie Julhani berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu sudah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan.

KPDN cawangan Beaufort bertindak hasil maklumat awam serta risikan anggota penguat kuasa selepas mengesan aktiviti mencurigakan ketika kenderaan berkenaan mengisi minyak diesel pada 1 April 2026.

“Tangki berkenaan dipercayai mengandungi kira-kira 200 liter diesel yang disyaki untuk tujuan penyelewengan.

“Susulan itu, pihak kami bertindak menyita kenderaan terbabit bersama minyak diesel serta dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan lanjut.

“Pemandu kenderaan dirakam percakapan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan turut dikenakan terhadap nozel pam di stesen minyak berkenaan selain dua laporan polis dibuat berhubung kes itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyelewengan barang kawalan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pegawai penyiasat akan dilantik bagi melengkapkan siasatan.

“KPDN akan terus komited membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan khususnya melibatkan bahan api bersubsidi,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *