Kantoi Pegang 4 MyKad, Lelaki Ditahan Disyaki Beli Lebih 100 Liter BUDI95

Suspek ditahan ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di sini dan polis menemui empat kad pengenalan milik individu berasingan dalam milikannya. Foto hiasaj

TUMPAT, 2 Apr – Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu untuk membeli lebih 100 liter petrol RON95.

Suspek ditahan ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di sini dan polis menemui empat kad pengenalan milik individu berasingan dalam milikannya.

Kuota petrol bersubsidi BUDI95 setiap individu bagi sebulan kini diselaraskan kepada 200 liter bermula 1 April lalu dan dengan empat kad pengenalan milik individu lain boleh mencecah hingga 800 liter.

Kes dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan suspek turut disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara.

“Polis akan meneliti peruntukan undang-undang lain yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suspek,” kata Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat.

Sementara itu, polis memaklumkan belum ada rakyat Malaysia ditahan ketika cuba membawa masuk diesel dari Thailand.

Laporan terbaharu menunjukkan harga diesel di Thailand pula sekitar 38 baht (RM4.82) seliter.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *