Tujuh Pengusaha Pelancongan Sabah Sertai ITB Berlin 2024

Pengusaha pelancongan Sabah giat mempromosikan produk pelancongan kepada warga Eropah sempena ITB Berlin 2024 bagi menarik mereka melancong ke negeri ini.

BERLIN, 5 Mac – Seramai tujuh pengusaha pelancongan di Sabah menyertai ITB Berlin 2024 yang bermula, semalam.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan penyertaan kesemua pengusaha itu di sini.

Katanya, mereka yang menyertai adalah Borneo Eco Tours, Rustic Borneo, Borneo Escapade, Borneo Trails, Tabin Wildlife Holidays, Sepilok Tropical Wildlife Adventure dan Borneo Nature Tours.

Dalam pada itu, Christina menyeru pemegang taruh dalam industri pelancongan untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam pameran perdagangan pelancongan terbesar di sini dengan memperkenalkan destinasi terkenal di Sabah.

Katanya, usaha itu sekali gus akan memperkasakan produk pelancongan negeri seterusnya bangunkan Sabah sebagai destinasi utama pelancongan.

Pengusaha pelancongan Sabah giat mempromosikan produk pelancongan kepada warga Eropah sempena ITB Berlin 2024 bagi menarik mereka melancong ke negeri ini.


Beliau berkata demikian ketika mengadakan majlis makan malam bersama para pemegang taruh di sini pada Ahad.

“Adalah penting untuk mengembangkan perniagaan dengan menerokai pasaran baharu dan mewujudkan rangkaian kerjasama bersama negara Eropah atau rakan niaga yang berpotensi membawa manfaat ekonomi bersama,” katanya.

Antara tetamu yang hadir ialah Setiausaha Kehormat Federation of Rural Tourism Association Sabah (FeRTAS) Patricia Kitingan, Pengurus Besar Tabin Wildlife Resort Lawrence Chin, Ketua Pegawai Operasi Borneo Nature Tours Freddie Coleman, Pengurus Jualan dan Pemasaran Alven Lim serta Pengurus Kanan Jualan Sepilok Tropical Wildlife Adventure Jessie Chin.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai, Setiausaha Tetap Kementerian Josie Lai Mei Sing, Pengerusi Sri Pelancongan Sabah Ken Pan Ying On dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffery Jimit.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *