’Tersepit, Tak Dapat Keluar Dari Kereta’

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan pemandu salah satu kenderaan malang yang terperangkap. Foto Borneo Daily Bulletin

RANAU, 30 DisDua individu cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, di Jalan Kampung Rapak, di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.28 tengah malam.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat mangsa.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati kemalangan membabitkan dua buah kenderaan dan lapan orang mangsa.

“Bagaimanapun, dua daripada mangsa didapati masih tersepit di dalam kereta mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan pemandu salah satu kenderaan malang yang terperangkap. Foto Borneo Daily Bulletin

Menurutnya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa terbabit menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulan dan jentera EMRS.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.37 pagi,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *